Pages

Subscribe:

Thursday 23 February 2012

2 Jam Bersama Recycle Paper


Projek Bakti Kinabalu (PBK) telah menganjurkan program '2 Jam Bersama Recycle Paper' pada 23 Februari 2012 bertempat di Dewan Sri Mutiara. Sesi itu telah bermula seawal jam 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Tujuan '2 Jam Bersama Recycle Paper' diadakan adalah untuk menyiapkan gumpalan kertas yang akan digunakan unntuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book Of Record bersama-sama penghuni Kolej Kediaman Kinabalu. Program ini juga diadakan seiring dengan moto kami - "Halusi Hati, Ringankan Beban".

Bagi menghargai bantuan dari penghuni Kolej Kediaman Kinabalu, PBK turut menyediakan sebanyak 3 sesi cabutan bertuah kepada 6 individu dan hamper bagi 3 kumpulan yang dapat menghasilkan gumpalan kertas terbanyak dan berkualiti. 







Jutaan terima kasih dan seribu penghargaan diucapkan kepada penghuni kolej kediaman yang membantu dalam menyiapkan gumpalan kertas. Nantikan sesi lain yang akan diadakan kerana banyak lagi hadiah yang  menanti anda!

Halusi Hati Ringankan Beban

No comments:

Post a Comment