Pages

Subscribe:

Wednesday 28 March 2012

Selamat Datang ke Laman Blog Projek Bakti Kinabalu 2012

 PROJEK BAKTI KINABALU (PBK) merupakan projek yang diberi nafas baru  yang merupakan projek yang di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya. Sebelum ini, projek ini dikenali dengan nama Projek Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu (JKKK) dengan mengkhususkan keamanan dan kebajikan. Pada tahun ini, Projek Bakti di khususkan sebagai sebuah projek kebajikan bagi mengumpul dana untuk membantu pertubuhan kebajikan yang terpilih.

Projek Bakti akan melibatkan penyertaan dari penghuni Kolej Kediaman,badan badan kebajikan dan masyarakat awam dimana terdapat beberapa aktiviti yang menerapkan keseronokan dan kegembiraan sambil menderma. Projek ini akan mengadakan karnival yang dijalankan pada 24 Mac 2012 dimana terdapat beberapa permainan yang akan di laksanakan di Padang Varsiti, Universiti serta percubaan untuk mencipta rekod baru di dalam Malaysian Book of Records dalam mencipta logo 1 Malaysia terbesar menggunakan cawan kertas terbuang. Pada keesokan hari, 25 Mac 2012 pameran dari pertubuhan terpilih dan jualan amal akan diadakan di Kompleks Perdana Siswa (KPS) serta Konsert Amal pada sebelah malam di Auditorium KPS.

      Di samping itu, pelbagai aktiviti yang menarik juga akan dijalankan di lokasi tersebut bersesuaian dengan objektif projek. Sebuah kain rentang gergasi akan digunakan untuk mendapatkan sasaran 3000 tandatangan oleh masyarakat awam. Setiap satu tandatangan akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Hal ini membawa kepada kutipan dana berjumlah RM3,000 yang akan disalurkan kepada pertubuhan keamanan dan kebajikan Malaysia iaitu Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Anbe Sivam.

Projek Bakti ini menyambut baik sebarang usaha-usaha yang menjurus kepada kebajikan. Walaupun skopnya terhad, namun, ia adalah suatu simbol penting yang memberi indikasi positif kepada masyarakat. Justeru, usaha ini bakal melonjak imej Kolej Kediaman Kinabalu sebagai sebuah kolej yang mementingkan nilai-nilai kemasyarakatan dan kebajikan selaras dengan temanya “Halusi hati, ringankan beban”.

No comments:

Post a Comment