Pages

Subscribe:

Monday 12 March 2012

Usaha PBK Mendapat Sokongan Artis!


Sekalung penghargaan bernilai INFINITI buat golongan artis yang menyokong usaha PBK dalam menjalankan aktiviti- Karnival Amal Kinabalu dan Konsert Amal. Bukan mudah untuk mendapat sokongan artis yang rata-ratanya sibuk dalam menjalani kehidupan PUBLIC figure.

Seperti yang telah digempar-gemburkan sebelum ini, PBK akan menampilkan kumpulan Monoloque, Pesawat, Imran Ajmain dan juga Enot Abdullah. Penampilan artis ini adalah bertujuan bagi menunjukkan bahawa mereka turut mengambil berat akan kebajikan masyarakat. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka semasa Karnival mahupun ketika Konsert Amal berlangsung. Dapatkan tiket VIP untuk konsert amal dan anda akan berpeluang untuk menjamu selera bersama mereka.

Nantikan tawaran istimewa untuk tiket konsert amal dalam masa terdekat ini!

No comments:

Post a Comment