Pages

Subscribe:

Wednesday 14 March 2012

'2Jam Bersama Recycle Paper' KEMBALI!


Masih ingatkah lagi tentang aktiviti '2Jam Bersama Recycle Paper'? Jika anda sudah lupa, anda boleh baca entri berkaitan '2Jam Bersama Recycle Paper' di sini

Buat pengetahuan anda semua, aktiviti kali ini akan dijalankan sekali lagi bagi membantu PBK dalam mencapai impian untuk membuat logo 1Malaysia TERBESAR dan memecah Malaysia Book Of Record. Dan kali ini pihak PBK menyediakan ganjaran yang lebih lagi kepada anda semua.

2Jam Bersama Recycle Paper sekali lagi tampil dengan hadiah hamper dan juga jamuan makanan akan disediakan selepas aktiviti menggumpal kertas. Selain itu, PBK juga turut akan memberikan RM10 untuk setiap plastik yang dihasilkan bagi menghargai bantuan dan usaha yang diberikan. Ini bermakna, lagi banyak plastik, makin bertambah lah duit poket anda. Tapi perlu diingatkan hanya plastik yang mempunyai 500 gumpalan bola SAHAJA yang akan dikira bilangannya. 

Jangan lepaskan peluang untuk menambah duit POKET~ Hanya perlu membuat gumpalan bola dan pelbagai ganjaran akan diberikan!

No comments:

Post a Comment