Pages

Subscribe:

Saturday 10 March 2012

Karnival Amal Kinabalu 2012

Kain rentang gergasi akan dibawa ke padang untuk ditandatangani dan cop tangan oleh masyarakat awam yang hadir. Setiap satu tandatangan bernilai RM1.00 untuk dimasukkan ke dalam tabung dana. Hasil kutipan ini akan disalurkan ke pertubuhan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Anbe Sivam.

Tujuan kain rentang ini bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Selain itu, Projek Bakti akan berkerjasama dengan pertubuhan pertubuhan kebajikan untuk membuka pameran di tempat karnival.

Tabung ”Bantuan dari Hati” atau “Tabung 10 sen” juga turut diedarkan. Tabung ini adalah bagi mengumpul dana atau sumbangan ikhlas dari masyarakat awam yang berjiwa penyayang.

Mencipta rekod baru dalam Malaysian Book of Records dengan membuat logo 1 Malaysia terbesar dengan menggunakan gumpalan kertas terbuang

Ia juga akan disertai oleh rumah kanak kanak kurang upaya yang telah kami pilih untuk sumbangan dana dan juga kami akan menjemput beberapa rumah anak anak yatim bagi sama sama menyertai pembinaan logo 1 Malaysia.

Sukaneka
• Jenis Permainan : Susunan Impak, Tiup sampai jatuh, Bowling pensil, Gunung berapi, dll. (funfair)
• Setiap penyertaan bayaran sebanyak RM 2
• RM1 akan di dermakan ke badan kebajikan
• Hadiah akan diberikan kepada pengumpul mata sebanyak 8-10 mata

Pameran booth daripada syarikat yang telah memberi tajaan kepada Projek Bakti Kinabalu.

Jualan
Terdapat gerai jualan makanan daripada peniaga luar seperti baju, produk minuman, kek, muffin, dll.

Meet and Greet

Dua artis akan berada dikarnival untuk membuka booth jualan iaitu Monoloque dan Enot.

No comments:

Post a Comment