Pages

Subscribe:

Friday 16 March 2012

Jualan Tiket Konsert BERMULA!

Semakin hari, semakin dekat PBK akan berlangsung. Seperti yang telah diketahui, PBK akan menganjurkan Karnival amal pada 24 Mac dan konsert amal pada 25Mac ini. Persembahan yang akan diadakan pada konsert amal adalah dari pasukan FESENI kolej kediaman Kinabalu dan juga persembahan artis jemputan seperti Imran Ajmain, Pesawat dan Monoloque. 


Anda berpeluang untuk menonton persembahan dari mereka hanya dengan harga RM10 sahaja. Selain itu, tiket VIP juga dijual pada harga RM20 dan anda akan berpeluang beramah mesra dengan Monoloque dan juga Pesawat selepas tamatnya konsert. Tiket VIP hanya terhad kepada 50 orang sahaja. 

Buat pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan tiket ini dengan 2 cara - Pembelian secara langsung atau melalui ON-LINE. Untuk pembelian secara langsung, anda boleh berhubung dengan Ieda (012-6432420). Jika anda mahu beli secara ON-LINE, anda boleh depositkan wang anda ke akaun tersebut:

Bank: CIMB
Nombor akaun: 1433-000-3282-208
Nama: Siti Norfa Liana Binti Sahifulddin


Kemudian, sila SMS detail-detail berikut ke nombor 012-6432420 atau e-mail ke projekbakti@gmail.com:
  • Nama
  • Nombor IC
  • Jenis Tiket (Biasa/VIP)
  • Jumlah tiket
  • Jumlah yang dideposit
  • Masa pembayaran
  • No rujukan/Slip pembayaran
Segala pembayaran tidak akan dipulangkan semula jika anda tidak dapat hadir ke konsert tersebut dan jika anda depositkan amaun lebih dari yang sepatutnya, baki akan dipulangkan. Tiket boleh dituntut di Front Desk sebelum bermulanya konsert.

Marilah berhibur dengan konsert amal kami dan segala bayaran yang diterima akan disalurkan ke rumah kebajikan terpilih. 

No comments:

Post a Comment