Pages

Subscribe:

Saturday 31 March 2012

MAXIS HOTLINK BAGUS, rate terendah untuk Surfing Internet!

Hai.. Assalamualaikum.. Sudah sedia maklum, Projek Bakti Kinabalu telah di taja oleh Maxis. Untuk itu, kami sediakan penjualan SIMPACK Maxis Hotlink BAGUS dengan harga RM15 beserta topup RM10..

Disini, ada sedikit butiran mengenai SIMPACK MAXIS HOTLINK BAGUS..

  • Panggilan pada harga serendah 12 sen seminit
  • 1 sen SMS
  • Penggunaan mobile internet data hanya RM2 untuk 100MB sehari
  • Penggunaan mobile internet data hanya RM3 untuk 5MB seminggu
  • Penjimatan untuk panggilan ke luar negara dengan SMS 15 sen
  • Starter Pack harga RM5

- > Hotlink Bagus ni sim pack prepaid yang merangkumi seluruh aspek kegunaan telefon bimbit.  Ia membantu penjimatan pengguna dalam 5 aspek iaitu Perbualan, SMS, Surf Internet, IDD dan Roaming.




edit Maxis Hotlink Bagus   Plan Pra Bayar All In One 
edit surf Maxis Hotlink Bagus   Plan Pra Bayar All In Oneedit roaming Maxis Hotlink Bagus   Plan Pra Bayar All In One 
edit call sms Maxis Hotlink Bagus   Plan Pra Bayar All In One 

Credit Gambar dari Suterablogger 


Tambahan..
PBK juga ada membuat jualan prepaid Broadband maxis berharga RM25... 

Untuk mereka yang berminat membeli SIMPACK Hotlink Maxis Bagus boleh berhubung terus dengan saya .. hanya berikan photostat IC, (hard copy atau softcopy) ke projekbakti@gmail.com.. dan pembayaran terus ke CIMB atau face to face..
 

Contact : 
syuriadarma - 0182779434
atau Norfa - 0172296937


 

Wednesday 28 March 2012

Selamat Datang ke Laman Blog Projek Bakti Kinabalu 2012

 PROJEK BAKTI KINABALU (PBK) merupakan projek yang diberi nafas baru  yang merupakan projek yang di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya. Sebelum ini, projek ini dikenali dengan nama Projek Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu (JKKK) dengan mengkhususkan keamanan dan kebajikan. Pada tahun ini, Projek Bakti di khususkan sebagai sebuah projek kebajikan bagi mengumpul dana untuk membantu pertubuhan kebajikan yang terpilih.

Projek Bakti akan melibatkan penyertaan dari penghuni Kolej Kediaman,badan badan kebajikan dan masyarakat awam dimana terdapat beberapa aktiviti yang menerapkan keseronokan dan kegembiraan sambil menderma. Projek ini akan mengadakan karnival yang dijalankan pada 24 Mac 2012 dimana terdapat beberapa permainan yang akan di laksanakan di Padang Varsiti, Universiti serta percubaan untuk mencipta rekod baru di dalam Malaysian Book of Records dalam mencipta logo 1 Malaysia terbesar menggunakan cawan kertas terbuang. Pada keesokan hari, 25 Mac 2012 pameran dari pertubuhan terpilih dan jualan amal akan diadakan di Kompleks Perdana Siswa (KPS) serta Konsert Amal pada sebelah malam di Auditorium KPS.

      Di samping itu, pelbagai aktiviti yang menarik juga akan dijalankan di lokasi tersebut bersesuaian dengan objektif projek. Sebuah kain rentang gergasi akan digunakan untuk mendapatkan sasaran 3000 tandatangan oleh masyarakat awam. Setiap satu tandatangan akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Hal ini membawa kepada kutipan dana berjumlah RM3,000 yang akan disalurkan kepada pertubuhan keamanan dan kebajikan Malaysia iaitu Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Anbe Sivam.

Projek Bakti ini menyambut baik sebarang usaha-usaha yang menjurus kepada kebajikan. Walaupun skopnya terhad, namun, ia adalah suatu simbol penting yang memberi indikasi positif kepada masyarakat. Justeru, usaha ini bakal melonjak imej Kolej Kediaman Kinabalu sebagai sebuah kolej yang mementingkan nilai-nilai kemasyarakatan dan kebajikan selaras dengan temanya “Halusi hati, ringankan beban”.

Friday 23 March 2012

Kami Hampir ke Situ!


Kami sedang berusaha untuk meletakkan nama Kolej Kediaman Kinabalu teratas di  persada perdana! Jangan lupa hadirkan diri ke Padang Sukaneka, Universiti Malaya pada 24Mac 2012(sabtu)  ini!

Friday 16 March 2012

Jualan Tiket Konsert BERMULA!

Semakin hari, semakin dekat PBK akan berlangsung. Seperti yang telah diketahui, PBK akan menganjurkan Karnival amal pada 24 Mac dan konsert amal pada 25Mac ini. Persembahan yang akan diadakan pada konsert amal adalah dari pasukan FESENI kolej kediaman Kinabalu dan juga persembahan artis jemputan seperti Imran Ajmain, Pesawat dan Monoloque. 


Anda berpeluang untuk menonton persembahan dari mereka hanya dengan harga RM10 sahaja. Selain itu, tiket VIP juga dijual pada harga RM20 dan anda akan berpeluang beramah mesra dengan Monoloque dan juga Pesawat selepas tamatnya konsert. Tiket VIP hanya terhad kepada 50 orang sahaja. 

Buat pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan tiket ini dengan 2 cara - Pembelian secara langsung atau melalui ON-LINE. Untuk pembelian secara langsung, anda boleh berhubung dengan Ieda (012-6432420). Jika anda mahu beli secara ON-LINE, anda boleh depositkan wang anda ke akaun tersebut:

Bank: CIMB
Nombor akaun: 1433-000-3282-208
Nama: Siti Norfa Liana Binti Sahifulddin


Kemudian, sila SMS detail-detail berikut ke nombor 012-6432420 atau e-mail ke projekbakti@gmail.com:
  • Nama
  • Nombor IC
  • Jenis Tiket (Biasa/VIP)
  • Jumlah tiket
  • Jumlah yang dideposit
  • Masa pembayaran
  • No rujukan/Slip pembayaran
Segala pembayaran tidak akan dipulangkan semula jika anda tidak dapat hadir ke konsert tersebut dan jika anda depositkan amaun lebih dari yang sepatutnya, baki akan dipulangkan. Tiket boleh dituntut di Front Desk sebelum bermulanya konsert.

Marilah berhibur dengan konsert amal kami dan segala bayaran yang diterima akan disalurkan ke rumah kebajikan terpilih. 

Wednesday 14 March 2012

'2Jam Bersama Recycle Paper' KEMBALI!


Masih ingatkah lagi tentang aktiviti '2Jam Bersama Recycle Paper'? Jika anda sudah lupa, anda boleh baca entri berkaitan '2Jam Bersama Recycle Paper' di sini

Buat pengetahuan anda semua, aktiviti kali ini akan dijalankan sekali lagi bagi membantu PBK dalam mencapai impian untuk membuat logo 1Malaysia TERBESAR dan memecah Malaysia Book Of Record. Dan kali ini pihak PBK menyediakan ganjaran yang lebih lagi kepada anda semua.

2Jam Bersama Recycle Paper sekali lagi tampil dengan hadiah hamper dan juga jamuan makanan akan disediakan selepas aktiviti menggumpal kertas. Selain itu, PBK juga turut akan memberikan RM10 untuk setiap plastik yang dihasilkan bagi menghargai bantuan dan usaha yang diberikan. Ini bermakna, lagi banyak plastik, makin bertambah lah duit poket anda. Tapi perlu diingatkan hanya plastik yang mempunyai 500 gumpalan bola SAHAJA yang akan dikira bilangannya. 

Jangan lepaskan peluang untuk menambah duit POKET~ Hanya perlu membuat gumpalan bola dan pelbagai ganjaran akan diberikan!

Rombongan PBK ke PKC

Mula-mula PBK.. Sekarang PKC pula?? Apa pula PKC ni? Buat pengetahuan semua, PKC bukannya projek anjuran PBK. PBK masih lagi kekal dengan nama Projek Bakti Kinabalu. PKC merupakan salah sebuah projek lain di bawah naungan Kolej Kediaman Kinabalu iaitu - Pesta Kebudayaan Cina. 

Pada 13hb Mac 2012, ahli jawatankuasa PBK membuat rombongan ke ekspo yang dianjurkan oleh PKC sebagai tanda sokongan pihak kami terhadap PKC. Banyak betul aktiviti menarik yang dianjurkan. Antaranya, menulis kaligrafi cina, menonton wayang kulit, Food Testing - Tang Yuan dan etc. Tapi station kegemaran PBK merupakan stesyen Yu Shang. 

Sebelum sesi Yu Shang bermula

AJK PBK, Syafiq Bahari turut merupakan AJK PKC

Pengetua kolej khusyuk melihat permainan

Secara overall, PBK sangat enjoy dengan ekspo yang dianjurkan. Tak sabar rasanya untuk ke majlis penutupan Pesta Kebudayaan Cina Kolej Kediaman Kinabalu. Dengar cerita, ada perfomance menarik malam ini. Jumpa anda semua di Dewan Sri Mutiara pada malam ini! 

Tuesday 13 March 2012

Konsep Beramal yang Betul



Malam ini PBK akan berkongsi tentang konsep beramal yang betul. Bila kita sebut beramal, bukan hanya amal berbentuk fizikal dan wang ringgit sahaja. Malah, kita turut boleh beramal melalui kata-kata dan senyuman. Dan adakah anda pernah menyesal kerana membuat amal? 

Pernah PBK terdengar suara-suara berbunyi, kalau aku tahu dia tipu nak guna duit untuk enjoy, aku tak tolong. Sebenarnya, bila namanya pun amal, niat kita nak tolong. Jadi, jika pihak yang menerima bantuan tersebut menyeleweng bantuan ke arah yang salah, biarkan. Tuhan akan membalas perlakuannya itu. Niant kita untuk membantu sudah dilunaskan.


Oleh itu, PBK berharap agar anda tidak pernah sekali untuk menyesal di atas perlakuan beramal anda itu. Semoga anda akan mendapat ganjaran di akhirat nanti. Oh ya.. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Malah, ahli jawatankuasa PBK turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa persiapan yang tinggal. 

Jangan lupa hadirkan diri ke Karnival Amal Kinabalu dan Konsert Amal pada 24 dan 25Mac ini!

Monday 12 March 2012

Usaha PBK Mendapat Sokongan Artis!


Sekalung penghargaan bernilai INFINITI buat golongan artis yang menyokong usaha PBK dalam menjalankan aktiviti- Karnival Amal Kinabalu dan Konsert Amal. Bukan mudah untuk mendapat sokongan artis yang rata-ratanya sibuk dalam menjalani kehidupan PUBLIC figure.

Seperti yang telah digempar-gemburkan sebelum ini, PBK akan menampilkan kumpulan Monoloque, Pesawat, Imran Ajmain dan juga Enot Abdullah. Penampilan artis ini adalah bertujuan bagi menunjukkan bahawa mereka turut mengambil berat akan kebajikan masyarakat. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan mereka semasa Karnival mahupun ketika Konsert Amal berlangsung. Dapatkan tiket VIP untuk konsert amal dan anda akan berpeluang untuk menjamu selera bersama mereka.

Nantikan tawaran istimewa untuk tiket konsert amal dalam masa terdekat ini!

Saturday 10 March 2012

Karnival Amal Kinabalu 2012

Kain rentang gergasi akan dibawa ke padang untuk ditandatangani dan cop tangan oleh masyarakat awam yang hadir. Setiap satu tandatangan bernilai RM1.00 untuk dimasukkan ke dalam tabung dana. Hasil kutipan ini akan disalurkan ke pertubuhan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Pusat Penjagaan Anbe Sivam.

Tujuan kain rentang ini bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Selain itu, Projek Bakti akan berkerjasama dengan pertubuhan pertubuhan kebajikan untuk membuka pameran di tempat karnival.

Tabung ”Bantuan dari Hati” atau “Tabung 10 sen” juga turut diedarkan. Tabung ini adalah bagi mengumpul dana atau sumbangan ikhlas dari masyarakat awam yang berjiwa penyayang.

Mencipta rekod baru dalam Malaysian Book of Records dengan membuat logo 1 Malaysia terbesar dengan menggunakan gumpalan kertas terbuang

Ia juga akan disertai oleh rumah kanak kanak kurang upaya yang telah kami pilih untuk sumbangan dana dan juga kami akan menjemput beberapa rumah anak anak yatim bagi sama sama menyertai pembinaan logo 1 Malaysia.

Sukaneka
• Jenis Permainan : Susunan Impak, Tiup sampai jatuh, Bowling pensil, Gunung berapi, dll. (funfair)
• Setiap penyertaan bayaran sebanyak RM 2
• RM1 akan di dermakan ke badan kebajikan
• Hadiah akan diberikan kepada pengumpul mata sebanyak 8-10 mata

Pameran booth daripada syarikat yang telah memberi tajaan kepada Projek Bakti Kinabalu.

Jualan
Terdapat gerai jualan makanan daripada peniaga luar seperti baju, produk minuman, kek, muffin, dll.

Meet and Greet

Dua artis akan berada dikarnival untuk membuka booth jualan iaitu Monoloque dan Enot.

Konsert Amal Kinabalu 2012

Kain rentang gergasi akan dibawa ke lokasi untuk ditandatangani dan cop tangan oleh masyarakat awam. Setiap satu tandatangan bernilai RM1.00 untuk dimasukkan ke dalam tabung dana. Hasil kutipan ini akan disalurkan 2 pertubuhan kebajikan yang dipilih.

Tujuan kain rentang... ini bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Selain itu, Projek Bakti akan berkerjasama dengan pertubuhan pertubuhan kebajikan untuk membuka pameran seblum konsert bermula.

Tabung ”bantuan dari hati” atau “Tabung RM1” juga turut diedarkan. Tabung ini adalah bagi mengumpul dana atau sumbangan ikhlas dari masyarakat awam yang berjiwa penyayang.

Konsert Amal akan di persembahkan oleh pasukan FESENI Kolej Kediaman Kinabalu dan juga artis artis jemputan iaitu Monoloque dan Imran Ajmain bagi memeriahkan lagi Konsert Amal itu.

Carta Organisasi




Ketua Biro-biro dan Ahli Jawatankuasa

-  Ketua Biro Program & Protokol
NOR FARIZA BT RUSLAN 

Ahli Jawatankuasa 
Firman Bin Haris
Emmi Syazliyana Binti Mohd Arba
Nur Auni Damia Bt Hishamuddin
Fadliana Bt Fadzil
Nur Faizzati Bt Nawawi

-Ketua Biro Perhubungan Awam & Domestik
SABRINA SAKINAH BT MOHD SHARIFUDDIN 

Ahli Jawatankuasa
Roswani Bt Mohd Roseli
Rohayati Binti Junaidi
Wan Nur Hidayatul Akmal Bt Wan Zaharin

- Ketua Biro Dana & Tajaan
SYURIADARMA BIN DAING MOHAMAD TAIB

Ahli Jawatankuasa
Firman Bin Haris
Muhamad Syukri B. Muhamad Don
Siti Ruhaizah Binti Che Mat
Che Nur Suzana Bt Che Rahim
Siti Wanidar Bt Mohd Yunus

- Ketua Biro Publisiti
SITI SYIFA ISMAIL

Ahli Jawatankuasa
Wan Aziatul Idayu Wan Mazna
Siti Amira Bt Mat Hussin
Mohammad Syafiq B Bahari
Norhasmidah Bte Harin

- Ketua Biro Teknikal & Multimedia
MUHAMMAD AMIRUL WAFFY BIN MOHD SUKARDI

Ahli Jawatankuasa
Wan Siti Nasuha Bt Mohd Nasir
Mohamad Hafis B. Sallehuddin
Siti Aishah Zakaria
Mohamad Syahrun B Mohd Rasip

- Ketua Biro Tugas-Tugas Khas 
NURUL AKMALILHUDA BT MOHD

Ahli jawatankuasa
Gusnidar Binti Marzuki
Nurul Afiqah Binti Mohd Hazali
Che Nabila Huda Binti Che Shamsuddin
Mohamad Haswadi Zahri

Thursday 8 March 2012

Tempahan T-shirt untuk amal..






Tempahan Baju Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. kami membuka tempahan untuk dua helai baju khas dari Projek Bakti Kinabalu.. Keuntungan jualan baju ini akan disalurkan kepada rumah rumah kebajikan.. Untuk sesiapa yang ingin menempah, boleh membuat tempahan di email

projekbakti@gmail.com..

Sertakan Nama, No. Matrik, No.phone, dan Alamat

Harga: RM20 Deposit : RM10

Sebarang pertanyaan boleh dinyatakan di bahagian komen atau hubungi terus

Ieda : 012-643 2420

Thursday 1 March 2012

Penaja Utama PBK 2012


Setelah berusaha sekian lama, usaha gigih ahli jawatankuasa PBK 2012 terbalas dengan panggilan dari sebuah syarikat Telekomunikasi-Maxis. Rundingan demi rundingan dijalankan dan Maxis bersetuju menjadi Penaja Utama (Platinum) bagi PBK pada tahun ini.

Sebagai tanda penghargaan, PBK mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menggunakan sumbangan dari Maxis untuk mencari dana kepada rumah kebajikan terpilih. Pihak ahli jawatankuasa PBK pada hari ini tidak akan menghampakan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Maxis.

Oleh itu, kawan-kawan, tunggu apa lagi. Bertukarlah ke talian Maxis!