Pages

Subscribe:

Saturday 10 March 2012

Konsert Amal Kinabalu 2012

Kain rentang gergasi akan dibawa ke lokasi untuk ditandatangani dan cop tangan oleh masyarakat awam. Setiap satu tandatangan bernilai RM1.00 untuk dimasukkan ke dalam tabung dana. Hasil kutipan ini akan disalurkan 2 pertubuhan kebajikan yang dipilih.

Tujuan kain rentang... ini bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

Selain itu, Projek Bakti akan berkerjasama dengan pertubuhan pertubuhan kebajikan untuk membuka pameran seblum konsert bermula.

Tabung ”bantuan dari hati” atau “Tabung RM1” juga turut diedarkan. Tabung ini adalah bagi mengumpul dana atau sumbangan ikhlas dari masyarakat awam yang berjiwa penyayang.

Konsert Amal akan di persembahkan oleh pasukan FESENI Kolej Kediaman Kinabalu dan juga artis artis jemputan iaitu Monoloque dan Imran Ajmain bagi memeriahkan lagi Konsert Amal itu.

No comments:

Post a Comment