Pages

Subscribe:

Tuesday 13 March 2012

Konsep Beramal yang Betul



Malam ini PBK akan berkongsi tentang konsep beramal yang betul. Bila kita sebut beramal, bukan hanya amal berbentuk fizikal dan wang ringgit sahaja. Malah, kita turut boleh beramal melalui kata-kata dan senyuman. Dan adakah anda pernah menyesal kerana membuat amal? 

Pernah PBK terdengar suara-suara berbunyi, kalau aku tahu dia tipu nak guna duit untuk enjoy, aku tak tolong. Sebenarnya, bila namanya pun amal, niat kita nak tolong. Jadi, jika pihak yang menerima bantuan tersebut menyeleweng bantuan ke arah yang salah, biarkan. Tuhan akan membalas perlakuannya itu. Niant kita untuk membantu sudah dilunaskan.


Oleh itu, PBK berharap agar anda tidak pernah sekali untuk menyesal di atas perlakuan beramal anda itu. Semoga anda akan mendapat ganjaran di akhirat nanti. Oh ya.. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Malah, ahli jawatankuasa PBK turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa persiapan yang tinggal. 

Jangan lupa hadirkan diri ke Karnival Amal Kinabalu dan Konsert Amal pada 24 dan 25Mac ini!

No comments:

Post a Comment