Pages

Subscribe:

Saturday 25 February 2012

Fund Raising Activity: Community Service di TTDI



Selamat hujung minggu semua! 
Ketika semua orang sibuk mengisi hujung minggu mereka dengan aktiviti membeli-belah, menyiapkan kerja rumah/assignment, bersiar-siar, etc, ahli jawatankuasa PBK mengerahkan kudrat mereka untuk membuat community service di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Buat pengetahuan semua, community service ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menjayakan karnival dan konsert yang akan dijalankan pada 24 dan 25Mac 2012. 

Community service ini telah pun bermula pada 25 Februari dan diikuti dengan hari seterusnya di kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Antara servis yang kami lakukan adalah mencuci kereta, membersihkan laman rumah, membersihkan stor dan banyak lagi.





Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kawasan TTDI kerana telah menghulurkan bantuan dan peluang unntuk kami melakukan community service di kawasan perumahan anda. Insya-ALLAH, dengan bantuan yang diberikan, projek ini akan dapat dijalankan dengan lancar. 

Kepada anda yang berminat untuk menghulurkan dana ataupun ingin kami membuat community service di kawasan perumahan anda, boleh SMS alamat serta jenis khidmat yang diperlukan di talian 017-6141673. Buat pengetahuan anda, kami hanya dapat membuat community service pada hari sabtu/ahad dan kawasan yang terlibat hanyalah sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Halusi Hati, Ringankan Beban

No comments:

Post a Comment